Saya disuruh tunggu lagi. Saya diberitahu pada hari in hanya 2 orang doktor bertugas. Jadi kena tunggu lama sikit. Berapa lama berapa sikit , saya kena tunggu.
Saya turun bawah beli air mineral dan Utusan Malaysia. Bayar RM2.00 untuk UM dan baca tajuk. Posmen Naik Gaji. Alhamdulillah!. Saya suka tengok muka posmen yg hari-hari melalui depan rumah saya. Sentiasa murah dengan senyuman. Lebihkan manis dalam senyuman. Kurangkan manis dalam minuman. Betul jugak tu.
Saya duduk lagi menunggu. Kemudian nama saya dipanggil dan saya disuruh masuk ke Bilik Nombor 5. Kat sana saya kena tunggu lagi. Sementara menunggu saya baca buku Berani Kaya Berani Takwa. Kemudiannya saya dipanggil masuk bilik, duduk di kerusi rawatan gigi dan diberi suntikan ubat kebas. Saya disuruh tunggu lagi untuk rasa kebas merata. Saya juga disuruh bayar lagi RM1.00 di kaunter. Semua berjalan lancar. Saya kembali duduk dikerusi menunggu Bilik No.5.
Lepas itu saya dipanggil masuk. Duduk di kerusi rawatan dan saya dinasihatkan supaya melembutkan badan dan buka mata. Gigi yang rosak berlubang pun di cabut. Alhamdulillah! Ketul kapas diletakkan pada tempat lubang gusi yang berdarah. Segenggam ketul kapas juga diberi kepada saya untuk gantikan kapas yang dah penuh dengan darah kelak.
Saya sempat buat komen mengenai kerusi menunggu di Bilik No 5 yang rosak dan masih dipakai. Boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna terutamanya warga emas . Jururawat bertugas memberitahu bahawa tegoran saya itu lebih berkesan kalau ditulis dan dimasukkan ke Peti Cadangan. Teguran lisan hanya seperti angin lalu saja. Demikian kata Jururawat . Di luar pintu utama ada Peti Cadangan dan borang. Saya tulis sewajarnya dan masukkan ke dalam Peti Cadangan. Insha Allah tentu ada yang mambacanya kelak.
Terima kasih kepada Doktor Gigi yang baik dan peramah, Jururawat yg ceria. Walau diluar ada komen dari orang yang menunggu: "Kelakar banyak , kerja sik ada. Gaji nak lebih." Kamek sik setuju dengan komen itu.
Komen kami: Staf yang bertugas di kaunter seeloknya pakai sistem pembesar suara. Dapat mengelak pekik memekik memanggil nama pesakit dan nombor giliran. Merdeka dah 52 tahun.
********



No comments:
Post a Comment