Wednesday, June 9, 2010

TEAM ONLINE JUTAWANBOSLAND.COM

Semalam ( 7.6.2010) saya dan Sdr Azizi ke Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan utk bertemu dgn Encik Haman Haji Hassan yg berhasrat utk mengetahui lebih mendalam mengenai Team Online JutawanBosland seperti yg disiarkan didalam Utusan Sarawak bertarikh 7 Jun 2010.

Temujanji pd jam 9.00 malam. Kami sampai awal dan tunaikan solat maghrib di Masjid Desa Ilmu. Selepas
itu kami berdua ke Pizza Hut makan malam dgn set pizza dan sup. Kemudian kami balik semula ke masjid utk Solat Isha. Selepas Solat Isha kami beredar ke Noni Chicken Rice Restoran yg menjadi venue pertemuan kami.

Encik Haman dulu bertugas dgn Maybank Finance bertempat di Sarikei selama 10 tahun. Sekarang ini beliau kerja sendiri (self employed). Selepas kami bertiga memperkenalkan diri masing-masing, kami terus menuju kpd sasaran pertemuan, iaitu memperkenalkan Bosland kpd beliau, dimulai dgn butir-butir mengenai Syarikt Bosland dan kilangnya . pendaftaran syarikat, pengurusan syarikat, aktiviti syarikt dan organisasi syarikt. Kemudiannya kami sentuh mengenai jenis -jenis produk yg digunakan dlm TOJB dan khasiatnya..

Seterusnya kami memasuki kpd susun-atur sistem pemasaran dan kebaikan yg dperolehi jika menyertainya.. Oleh kerana En Haman seorang yg banyak penaglaman dlm Multi Level Marketing dan network marketing, banyak soalan-soalan yg bernas diajukannya kpd kami.

Alhamdulillah, selaras dgn objektif kami utk meyampaikan semuanya dgn telus, kami telah berhasil menterjemahkannya semua persolan dgn jelas dan beliau berpuashati. Beliau seterusnya mendaftar sebagai ahli biasa.

Kami juga memaklumkan bahawa Pejabat Stokist Negeri Sarawak,telah dibuka bertempat di Jalan Kulas, Satok di tengah-tengah Bandaraya Kuching.

Apa yg lebih menarik ialah, kami diundang ke majlis perkahwinan anak beliau yg akan berlangsung pada 12 Jun 2010 akan datang, dan kami juga diminta supaya memberi penerangan mengenai Team Online JutawanBoslan kpd ahli keluarga dan sdr-mara beliau pada malamnya kelak. Insha Allah kami akan memenuhi jemputan tersebut.

Akhirul kalam kami mengucapkan terima kasih kpd Encik Haman, ketika dipenghujung malam hampir jam 1200, di mana Noni Chicken Rice, mula menutup tirai , kami bergerak meninggalkan Taman Desa Ilmu menuju ke Taman Tabuan Dusun,, di Kuching,

Kami bersyukur kpd Allah yg telah mengaturkan perjalanan dgn baik dan selamat. Alhamdulillah..


SEKIRANYA ANDA PEMBACA INGIN MENDAPAT maklumat TEAM ONLINE JUTAWAN BOSLAND SILA LAYARI: http://www.JutawanBosland.com/1bosland

No comments:

Post a Comment