Hari ini saya berjaya menyelesaikan kerja tertunggak semalam iaitu pendaftaran sdr. Ezan sebagai Ahli JutawanBosland. Proses pendaftaran dibantu oleh petugas Sdri Melly Abdullah. Dgn pendaftaran ini, saya mendapat gantian 2 set Susu Mutiara Whitefully Bosland, satu set folder with information flyers dan satu set Bosland's paperbag.
Semasa di Pejabat Stokist Negeri, saya berjumpa dgn Sdr. Bakri Rasip yg datang lebih awal. Kemudiannya menyusul pula En. Noh Bolhaji dari Kg. Lintang. Encik Noh adalah bekas staff MAS. Saya memperkenalkan Sdr Bakri kpd Encik Noh dan sebaliknya.
Oleh kerana perkenalan saya dan Encik Noh merupakan pertama kali, jadi kami memperkenalkan diri masing2, berkisar pada latar belakang laluan hidup masing-masing yg ditempuhi sebelum ini.
Selanjutnya saya mengambil posisi sebagai pegawai seranta Bosland, memberikan penerangan mengenai Bosland kpd En. Noh. Beliau juga memaklumkan telah membaca maklumat2 yg ada didalam website JutawanBosland. Walau pun begitu saya masih meneruskan percakapan saya mengenai kebaikan produk Bosland dan juga sistem pemasarannya yg berkonsepkan win-win ( end user - agent - company ). Encik Noh kemudiannya beredar meninggalkan Pejabat Stokist Negeri, dan berjanji akan datang bersama-sama beberapa orang kawan lagi utk berkongsi maklumat dan juga kebaikan Bosland secara bersama.
Saya juga menghubungi Cikgu Usuf Samah dari ANGKASA yg berhasrat utk melawat Pejabat Stokist Bosland Negeri Sarawak yg tidak jauh dari pejabat Biro ANGKASA. Oleh kerana beliau mempunyai program yg agak ketat pada hari ini, beliau berjanji akan hubungi saya kemudian. Saya kemudiannya beredar untuk solat Zohor di Masjid Barakah Taman BDC.
Sebelah petangnya pula Sdr Ezan, menalipon mengajak saya minum teh petang bersama beliau. Jemputan ini untuk mengisi masa sementara Produa Service Center di Jalan Sharip Masohor Batu 3 membuat servis kali pertama 1000km ketatas keereta beliau . Kami minum teh di Bombay Masala yang terletak di hadapan Hotel Four Points by Sheraton. Selesai minum, saya hantar Ezan semula ke Produa dan saya terus pulang ke rumah di Tabuan Dusun.
Di Bandar Kuching ini ada banyak petempatan yang menggunakan perkataan TABUAN, seperti Tabuan Jaya, Tabuan Dusun, Tabuan Laru, Tabuan Lalang, Tabuan Hulu, Tabuan Melayu dan Tabuan China. Saya tak fikir perkataan tabuan sama maksudnya dengan tebuan, sejenis serangga yang berbisa. Tabuan lebih kepada maksud tempat persinggahan atau penempatan. Ianya merupakan satu perkataan dari suku natif yanga ada di Sarawak.
*******



No comments:
Post a Comment