Tuesday, June 15, 2010

BERWUDUK SEBELUM TIDUR ELAK GANGGUAN SYAITAN


Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah sepertiwuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah
mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana
maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan
suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu.

Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.

Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah:

1.Mengambil wuduk

2.Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepadaSaiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar)
34 kali..

3.Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka sertamelurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali

No comments:

Post a Comment