Wednesday, March 31, 2010

Sajak Abang Hassan Haji Abang Mohd Amin (Bintangor)


Sajak Abang Hassan Haji Abang Mohd Amin (Bintangor)


















Orang Malaya pembela kita,
Jangan kita derhaka pada mereka,
Marilah bersama berdoa kepada Allah Ta'ala,
Semoga keselamatan orang Malaya dijaga Allah senantiasa,
Yang berbakti bersama dengan anak Sabah dan Sarawak di negeri kita,

Sebenarnya kita tidak dijajah oleh Malaya,
Tetapi hanya berkongsi kuasa dengan mereka.

Semenjak kita Merdeka menerusi Malaysia,
Sabah dan Sarawak maju jaya juga di Nusantara,
Dibawah naungan Agung kita.

SELOKA GURINDANM ABANG HASSAN:

Merah si baju merah,
Merah baik sekali,
Marah janganlah marah,
Dengan Hassan penyebar Islam dan siasah,

Merah sibaju merah
Merah baik sekali
Marah janganlah marah,
Dengan Hassan Si Wali Allah.

Jika takut mati masuk api,
Jangan menganiaya Hassan setiap hari,
Saya pun berdoa ke Hadhrat Ilahi,
Semoga umat Islam bersatu lagi.

Jika takut mati masuk api
Umat Islam bersatulah hati
Seperti zaman Nabi Muhammad
Di negara Arab Saudi,

Nota:

Penulis bertemu Abang Hassan Bin Abang Mohd Amin di Restoran Yusof, di Bandar Bintangor Sarawak pada Isnin 29 Mac 2010. Pertemuan kali pertama dan mungkin juga kali terakhir. Abang Hassan dilahirkan pada 6 Januari 1946 di Bintangor. Pernah mengikuti kursus perguruan, tetapi separuh jalan. Kemudiannya pada tahun 1968 mengikuti latihan di Polis Depo, Jalan Gurney KL. Semasa berkursus di Polis Depo, beliau telah di masukkan pula ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan kerana di syaki menghadapi masalah gangguan mental. Abang Hassan sentiasa mundar-mandir di pergigian air Sungai Rajang, Bintangor.

Abang Hassan cuba meyakinkan saya bahawa sajak di atas tulin ciptaan beliau. Beliau mampu mengucapnya bait demi bait dari ingatannya.

Dalam suasana santai perbualan kami yang dibuai tiupan bayu Sungai Rajang, beliau menghabiskan sisa air kotak teh bunga dan sepinggan rojak mamak, bagaikan beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya. .

Salam perkenalan Abang Hassan. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

*****

No comments:

Post a Comment