4 Tips ini kena dicuba untuk mencapai solat yang lebih khusyuk
1. Jangan sampai pernah berfikir kita masih boleh hidup setelah selesai solat.
Kita kena yakin jika solat ini ialah sebagai solat terakhir kita dimuka bumi ini. Ramai kita dengar si dia meninggal setelah selesai solat , si Dato' itu pula meninggal setelah adzan, Imam itu meninggal dunia di saat sujud dan lainnya. Si dia pula meninggal dunia ketika sedang berjudi, dikedai nombor ekor , di tempat maksiat dan seumpamanya.
Mungkin ini ialah solat terakhir bagi kita di dunia. Selepas itu, kita kena relakan suami atau isteri kita akan seorang sendirian. Anak kita akan menjadi yatim piatu. Mungkin malam ini ialah malam pertama merasai hidup dalam liang kubur. Semua harta yg dikumpulkan tak akan kita bawa, akan menjadi hak milik saudara kita. Wajah elok dan cantik yg kita banggakan dalam sekejapan akan berubah menjadi kaku dan berbau busuk.
2. WAJIB tahu maksud setiap bacaan solat:
Quran Surah 4 An-Nisaa': ayat 43.:
Hai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk,
SEHINGGA KAMU MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN...MABUK dalam ayat ini bukan sahaja difahamkan sebagai mabuk arak, tapi juga bermaksud mabuk dunia, mabuk harta, mabuk takhta, mabuk pangkat, mabuk cinta, pun termasuk pulak dalam hal yg mengganggu solat sehingga kita lupa, silap, tak sadar bacaan solat apa yang telah kita baca. Bahkan selalu-nya kita lupa kita berada di dalam rakaat yang ke berapa.
Lebih baik membaca surah pendek yang kita tahu erti bacaan setiap kata-kata, daripada membaca surah panjang yg kita tak tahu apa ertinya.
Ingat, dalam Ayat diatas: JANGANLAH KAMU SOLAT SEDANG KAMU TIDAK MENGERTI APA YG KAMU UCAPKAN.
Jadi, bagi anda yang masih belum faham maksud bacaan iftitah, alfatihah, rukuk, i'tidal, sujud, duduk di antara dua sujud, tahiyat awal & akhir, ...........Maka WAJIB kena tahu & hafal maknanya. Lagi bagus jika perkataan demi perkataan .
3. Ucapkan dengan SUARA SEDANG atau SEDERHANA : diantara KERAS & PERLAHAN
(((ini penting sangat))) Quran surah 17 Al-Israa':110; ........... dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". Bila kita perlahankan suara atau cuma di dalam hati sahaja, maka terkadang bahkan selalunya fikiran kita akan melayang tak tentu arah tanpa batasan.
4. Tuma'inah ( perenggan di antara pergerakan-pergerakan solat ) -
Perlahan, tidak terlalu cepat, di nikmati, di hayati. Yakinkah kita jika 10 detik lagi masih hidup? Tuma'ninah ini termasuk 1 dari 13 rukun solat.
*******



No comments:
Post a Comment