Wednesday, March 31, 2010

Sajak Abang Hassan Haji Abang Mohd Amin (Bintangor)

Sajak Abang Hassan Haji Abang Mohd Amin (Bintangor)

Orang Malaya pembela kita,
Jangan kita derhaka pada mereka,
Marilah bersama berdoa kepada Allah Ta'ala,
Semoga keselamatan orang Malaya dijaga Allah senantiasa,
Yang berbakti bersama dengan anak Sabah dan Sarawak di negeri kita,

Sebenarnya kita tidak dijajah oleh Malaya,
Tetapi hanya berkongsi kuasa dengan mereka.

Semenjak kita Merdeka menerusi Malaysia,
Sabah dan Sarawak maju jaya juga di Nusantara,
Dibawah naungan Agung kita.

SELOKA GURINDANM ABANG HASSAN:

Merah si baju merah,
Merah baik sekali,
Marah janganlah marah,
Dengan Hassan penyebar Islam dan siasah,

Merah sibaju merah
Merah baik sekali
Marah janganlah marah,
Dengan Hassan Si Wali Allah.

Jika takut mati masuk api,
Jangan menganiaya Hassan setiap hari,
Saya pun berdoa ke Hadhrat Ilahi,
Semoga umat Islam bersatu lagi.

Jika takut mati masuk api
Umat Islam bersatulah hati
Seperti zaman Nabi Muhammad
Di negara Arab Saudi,

Nota:

Penulis bertemu Abang Hassan Bin Abang Mohd Amin di Restoran Yusof, di Bandar Bintangor Sarawak pada Isnin 29 Mac 2010. Pertemuan kali pertama dan mungkin juga kali terakhir. Abang Hassan dilahirkan pada 6 Januari 1946 di Bintangor. Pernah mengikuti kursus perguruan, tetapi separuh jalan. Kemudiannya pada tahun 1968 mengikuti latihan di Polis Depo, Jalan Gurney KL. Semasa berkursus di Polis Depo, beliau telah di masukkan pula ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan kerana di syaki menghadapi masalah gangguan mental. Abang Hassan sentiasa mundar-mandir di pergigian air Sungai Rajang, Bintangor.

Abang Hassan cuba meyakinkan saya bahawa sajak di atas tulin ciptaan beliau. Beliau mampu mengucapnya bait demi bait dari ingatannya.

Dalam suasana santai perbualan kami yang dibuai tiupan bayu Sungai Rajang, beliau menghabiskan sisa air kotak teh bunga dan sepinggan rojak mamak, bagaikan beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya. .

Salam perkenalan Abang Hassan. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

*****

Sunday, March 28, 2010

MENCAPAI SOLAT KHUSYUK

4 Tips ini kena dicuba untuk mencapai solat yang lebih khusyuk

1. Jangan sampai pernah berfikir kita masih boleh hidup setelah selesai solat.
Kita kena yakin jika solat ini ialah sebagai solat terakhir kita dimuka bumi ini. Ramai kita dengar si dia meninggal setelah selesai solat , si Dato' itu pula meninggal setelah adzan, Imam itu meninggal dunia di saat sujud dan lainnya. Si dia pula meninggal dunia ketika sedang berjudi, dikedai nombor ekor , di tempat maksiat dan seumpamanya.

Mungkin ini ialah solat terakhir bagi kita di dunia. Selepas itu, kita kena relakan suami atau isteri kita akan seorang sendirian. Anak kita akan menjadi yatim piatu. Mungkin malam ini ialah malam pertama merasai hidup dalam liang kubur. Semua harta yg dikumpulkan tak akan kita bawa, akan menjadi hak milik saudara kita. Wajah elok dan cantik yg kita banggakan dalam sekejapan akan berubah menjadi kaku dan berbau busuk.

2. WAJIB tahu maksud setiap bacaan solat:

Quran Surah 4 An-Nisaa': ayat 43.:
Hai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk,

SEHINGGA KAMU MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN...MABUK dalam ayat ini bukan sahaja difahamkan sebagai mabuk arak, tapi juga bermaksud mabuk dunia, mabuk harta, mabuk takhta, mabuk pangkat, mabuk cinta, pun termasuk pulak dalam hal yg mengganggu solat sehingga kita lupa, silap, tak sadar bacaan solat apa yang telah kita baca. Bahkan selalu-nya kita lupa kita berada di dalam rakaat yang ke berapa.

Lebih baik membaca surah pendek yang kita tahu erti bacaan setiap kata-kata, daripada membaca surah panjang yg kita tak tahu apa ertinya.

Ingat, dalam Ayat diatas: JANGANLAH KAMU SOLAT SEDANG KAMU TIDAK MENGERTI APA YG KAMU UCAPKAN.

Jadi, bagi anda yang masih belum faham maksud bacaan iftitah, alfatihah, rukuk, i'tidal, sujud, duduk di antara dua sujud, tahiyat awal & akhir, ...........Maka WAJIB kena tahu & hafal maknanya. Lagi bagus jika perkataan demi perkataan .

3. Ucapkan dengan SUARA SEDANG atau SEDERHANA : diantara KERAS & PERLAHAN

(((ini penting sangat))) Quran surah 17 Al-Israa':110; ........... dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". Bila kita perlahankan suara atau cuma di dalam hati sahaja, maka terkadang bahkan selalunya fikiran kita akan melayang tak tentu arah tanpa batasan.

4. Tuma'inah ( perenggan di antara pergerakan-pergerakan solat ) -
Perlahan, tidak terlalu cepat, di nikmati, di hayati. Yakinkah kita jika 10 detik lagi masih hidup? Tuma'ninah ini termasuk 1 dari 13 rukun solat.

*******

RASUAH

Khutbah Jumaat hari ini di Masjid Al Barakah Taman BDC membawa tajuk RASUAH:

DEFINASI RASUAH

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah.

Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Rasuah ataupun corruption dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini.

Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi:- bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward.

John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi :- the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan Agama Islam. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). ( al Baqarah ; 188)

SUAPAN
  1. 1. wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

  2. 2. apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

  3. 3. apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

  4. 4. apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

  5. 5. apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

  6. 6. apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidak-upayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

  7. 7. apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (6) yang terdahulu;

Punca Utama Rasuah

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

  • Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

  • Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

    Allah swt telah berfirman:

  • "dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

  • Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah hinggakan konsep seperti kata orang Perak, "biar pape asal bergaye" menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.

  • Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni:

    Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong" (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

  • Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan.

    Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

  • Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja.

    Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.

KESALAHAN RASUAH

  • Meminta/ Menerima Rasuah
    Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

  • Menawar/Memberi Rasuah

  • Membuat Tuntutan Palsu
    Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
    mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya ata
    u sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

tatiuc.edu.my/syahrul/Rasuah.htm

IKEA - PRODUCT OF SWEDEN

IKEA is a privately held, international home products retailer that sells flat pack-furniture, accessories, and bathroom and kitchen items in their retail stores around the world. The company, which pioneered flat-pack design furniture at affordable prices, is now the world's largest furniture retailer.[3]

IKEA was founded in 1943 by 17-year-old Ingvar Kamprad in Sweden. Currently, the company is owned by a Dutch-registered foundation controlled by the Kamprad family. IKEA is an acronym comprising the initials of the founder's name (IngvarKamprad), the farm where he grew up (Elmtaryd), and his home parish (Agunnaryd, in Småland, South Sweden).[4]

INGKA Holding B.V. is the parent company for all IKEA Group companies, including the industrial group Swedwood, which commissions the manufacturing of IKEA furniture coming from any manufacturer worldwide (outsourcing), the sales companies that run IKEA stores, as well as purchasing and supply functions, and IKEA of Sweden, which is responsible for the design and development of products in the IKEA range. INGKA Holding B.V. is wholly owned by Stichting INGKA Foundation, which is a non-profit foundation registered in Leiden, Netherlands. The logistics centre europe is located in Dortmund, Germany.

Inter IKEA Systems B.V. in Delft, also in the Netherlands, owns the IKEA concept and trademark, and there is a franchising agreement with every IKEA store in the world. The IKEA Group is the biggest franchisee of Inter IKEA Systems B.V. Inter IKEA Systems B.V. is not owned by INGKA Holding B.V., but by Inter IKEA Holding S.A. registered in Luxembourg, which in turn is part of Inter IKEA Holding registered in the Netherlands Antilles. The ownership of the holding companies has not been disclosed.[5]

****

KORBAN KEYAKINAN 2

Setelah dia sembuh datanglah dia kpd raja, dan duduk disamping raja itu sebagaimana biasa. Demi raja melihat akan dia, baginda pun bersabda:” Siapakah yg mengembalikan penglihatan engkau kpd engkau?”

Tuhanku….” Jawabnya.

“Adakah juga engkau bertuhan selain daku?”kata raja.

“ Tuhan ku dan Tuhan duli tuanku adalah Allah”.!

Raja marah, ia diserkap lalu diazab, sehingga akhirnya ditunjukkannyalah kanak-kanak ituk kpd raja. Kanak-kanak itu pun dibawalah kehadapan raja. Demi setelah hadhir, baginda pun bersuara:’ “Hai anakku, sudah sampai darjat sihirmu kepada dapat menyembuhkan orang tuli dan orang berpenyakit kusta, engkau telah mengerjakan begini dan engkau telah mengerjakan begitu”.

Kanak2 itu menjawab “ Tiadalah patik pandai menyembuhkan seorang, bahawasanya yg menyembuhkan hanyalah Allah Ta’ala semata-mata”.

Ia pun ditangkap dan diazab pula. , sehingga akhirnya ditunjuknya rahib yg mengajarnya. Rahib uitu pun ditangkap, ia pun dipaksa orang supaya kembali kepada agamanya yang lama tetapi ia enggan. Maka raja pun menyuruh mengambil sebuah gergaji , kepalanya akan digergaji sehingga belah dua dan otaknaya jatuh hancur luluh. Kemudian dihadap pula ahli majlis raja, ia pun dipaksa kembali kepada agamanya yang lama, tetapi enggan. Gergaji pun diletak ditengah-tengah kepalanya, kepala itu pun belah dua dan hancur luluh otak benaknya. Kemudian itu dihadaplah kanak-kanak tadi, ia pun dipaksa kembali kepada agamanya yang lama, ia pun enggan pula, . Maka raja pun mengarahkan kepada beberapa orang pengawalnya, seraya bersabda, “ Bawalah budak ini keatas bukit yang di sana, bawa dia mendaki, bila telah sampai ke puncaknya, suruh dia kembali kepada agamanya yg lama, kalau dia tidak mahu, hendaklah dicampakkan kebawah”.

Budak itu pun dibawalah orang mendaki bukit. Sampai disana ia bermohon kepada Tuhan, demikian bunyinya: “ Hendaklah Tuhan memeliharakan daku daripada mereka”.

Tiba-tiba bukit itu pun bergoncang, sehingga pengawal-pengawal jatuh bergelimpangan kebawah.

Budak itu kembali kepada raja. Demi setelah melihat budak itu berdiri dihadapannnya, bagind a pun bersabda; ‘ Hai anak! . Mengapa engkau sudah berada disini? Apakah yang telah dikerjakan oleh orang-orang suruhanku?’”

“ Allah telah memeliharakan patik daripadanya”.

Budak itu pun diserahkan raja pula kepada pengiring-pengiringnya yang lain seraya bersabda; ‘Bawalah pergi anak ini. Bawa belayar dengan sebuah perahu , layarkan ketengah2 lautan. Paksa dia kembali kepada agama asalnya yang lama, kalau dia tidak suka , lemparkan dia ke laut”.

Orang-orang itu pun pergilah membawa budak itu mengikut perintah raja. Budak itu pun bermohon pula kepada Tuhan: " O! Tuhanku ! Hendaklah Tuhan peliharakan daku menurut kehendak engkau daripada mereka ini.”

Tiba-tiba perahu terbalik dan orang-orang raja karam semuanya. Budak itu kembali sebagai biasa kepada raja. Raja pun tercengang seraya bersabda” Apakah yang telah di buat oleh orang-orang yang telah membawa engkau ?

Budak itu menjawab; “ Allah telah memeliharakan daku daripada mereka”………Sesaat setelah itu budak itu berkata pula, ‘ Wahai Tuanku, tiadalah akan dapat membunuh patik, sebelum Tuanku ikut apa yang patik suruhkan.’”

“ Apakah yang engkau suruhkan?” Tanya raja.

“ Suruh manusia berkumpul pada suatu tempat tanah ketinggian. Salibkan daku diatas pelepah tamar, kemudian itu ambillah panah daripada tempat panahku, letakkan panah itu pada busurnya, kemudian itu bacalah; ‘Dengan nama Allah Tuhan dari budak ini ( Bismiillah hi Rabbil Ghulam) kemudian itu panahlah patik. Kalau suruhku itu dikerjakan, barulah tuanku dapat membunuhku”.

Mendegar itu, raja pun mengumpulkan orang ramai pada setumpak tanah yang ketinggian, ia pun disalibkan pada pelepah tamar. Raja pun mengambil panah daripada tempat panah budak itu seraya membaca:’ “ Bismillah hi Rabbil Ghulam, “ Panah itu pun dilepaskan, tepat mengenai jantungnya. Maka budak itu pun meletakkan tangan pada tempat yg kena panah itu, dan ia pun wafatlah.

Maka berkataalah salah seorang pengiring raja, “ Tidakkah Paduka perhatikan, bahawa apa yang Paduka takuti telah terjadi, hendaklah Paduka berhati-hati , semua manusia telah beriman kepada Tuhan budak itu!”

Mendengar itu raja pun menyuruh menggali sebuah lubang esar di gapura kota. Lubang itu pun dibuatlah oranglah lalu dinyalakan api didalamnya. Setelah selesai, raja pun bersabda, ‘ Barangsiapa yang tiada kembali kepada agamanya yang lama, hendaklah dilemparkan kedalam lubang ini”.

Tidak seorang juapun mahu kembali, sehingga mereka dilemparkan kedalamnya satu persatu. Akhirnya datanglah seorang perempuan dengan anaknya yang masih kecil. Melihat api yang menyala-nyala , perempuan itu mundur maju. Maka berkatalah anak kecil kepada ibunya; “ Ibu! Hendaklah sabar, kerana ibu sentiasa benar………..”!.

Sekianlah cerita Nabi itu.

Moral cerita:

Budak itu telah menjadi korban daripada keyakinannya, dan dia telah mati didalam mempertahankan keyakinannya iaitu : ALLAH ada”. Mati lebih murah baginya daripada senegeri manusia yang telah percaya bahawa Tuhan Allah itu maha kuasa adanya. Orang dari bermula tidak mahu percaya , mereka hanya hendak percaya, kalau si Ghuilam terlebih dahulu memberikan korban yang besar. Buat itu ia harus menempuh mati , meninggalkan hidup. Ia tempuh kematian , keranan kematiannya tidaklah berharga baginya, jika dibandingkan dengan kebesaran nama Allah.

Baginya kematian itu adalah perpindahan, pindah dari dunia yang sempit kepada yang lebih luas. Mati adalah batas, batas antara musim menanam dengan musim mengetam. Ditempuhnya dan ditunjukkannya kepada orang lain, bahawa demikian mestinya seseorang harus berbuat. Benarlah perkataan Zubair bin Abi Salmaa, seorang ahli shaer Arab dizaman jahiliyah: Fal judu binnafsi aqshaa ghayatil judi ( berderma dengan diri sendiri, adalah derma yang paling penghabisan).

Meskipun ia meninggal dan ia hilang, obor dibelakangnya telah melekat satu kepercayaan yang tulin dan murni , yang tidak lekang di panas dan tidak lapuk di hujan. Sehingga penganut-penganut kepercyaaan itu pun sudi memberikan dirinya dibakar, dibunuh, diseksa, disegala-galakan, asal tak berkocak didalam Imannya.

Islam memberikan didikan yang paling besar dalam perkataan ini. Itulah sebabnya Muslimin di zaman dahulu telah mendapat kedudukan yag penting didalam dunia.

Ayat Quran sentiasa mengajarkan ‘ Mujahadah bil amwal “ dan “ Bil anfusi “ dengan harta dan diiringi dengan diri. Maka sebagai seorang Muslim, hendaklah kita, mati didalam korban! Bukan korban lantaran cinta tanahair, bukan lantaran cinta nusa, dan bukan cinta bangsa…………………. TETAPI: Janganlah kamu menghembuskan nafas yang penghabisan , melainkan dalam Islam. Dengan itu terliputlah segala yang yang perlu. Dan marilah kita berusaha lantaran itu.Setelah dia sembuh datanglah dia kpd raja, dan duduk disamping raja itu sebagaimana biasa. Demi raja melihat akan dia, baginda pun bersabda:” Siapakah yg mengembalikan penglihatan engkau kpd engkau?”

Tuhanku….” Jawabnya.

“Adakah juga engkau bertuhan selain daku?”kata raja.

“ Tuhan ku dan Tuhan duli tuanku adalah Allah”.!

Raja marah, ia diserkap lalu diazab, sehingga akhirnya ditunjukkannyalah kanak-kanak ituk kpd raja. Kanak-kanak itu pun dibawalah kehadapan raja. Demi setelah hadhir, baginda pun bersuara:’ “Hai anakku, sudah sampai darjat sihirmu kepada dapat menyembuhkan orang tuli dan orang berpenyakit kusta, engkau telah mengerjakan begini dan engkau telah mengerjakan begitu”.

Kanak2 itu menjawab “ Tiadalah patik pandai menyembuhkan seorang, bahawasanya yg menyembuhkan hanyalah Allah Ta’ala semata-mata”.

Ia pun ditangkap dan diazab pula. , sehingga akhirnya ditunjuknya rahib yg mengajarnya. Rahib uitu pun ditangkap, ia pun dipaksa orang supaya kembali kepada agamanya yang lama tetapi ia enggan. Maka raja pun menyuruh mengambil sebuah gergaji , kepalanya akan digergaji sehingga belah dua dan otaknaya jatuh hancur luluh. Kemudian dihadap pula ahli majlis raja, ia pun dipaksa kembali kepada agamanya yang lama, tetapi enggan. Gergaji pun diletak ditengah-tengah kepalanya, kepala itu pun belah dua dan hancur luluh otak benaknya. Kemudian itu dihadaplah kanak-kanak tadi, ia pun dipaksa kembali kepada agamanya yang lama, ia pun enggan pula, . Maka raja pun mengarahkan kepada beberapa orang pengawalnya, seraya bersabda, “ Bawalah budak ini keatas bukit yang di sana, bawa dia mendaki, bila telah sampai ke puncaknya, suruh dia kembali kepada agamanya yg lama, kalau dia tidak mahu, hendaklah dicampakkan kebawah”.

Budak itu pun dibawalah orang mendaki bukit. Sampai disana ia bermohon kepada Tuhan, demikian bunyinya: “ Hendaklah Tuhan memeliharakan daku daripada mereka”.

Tiba-tiba bukit itu pun bergoncang, sehingga pengawal-pengawal jatuh bergelimpangan kebawah.

Budak itu kembali kepada raja. Demi setelah melihat budak itu berdiri dihadapannnya, bagind a pun bersabda; ‘ Hai anak! . Mengapa engkau sudah berada disini? Apakah yang telah dikerjakan oleh orang-orang suruhanku?’”

“ Allah telah memeliharakan patik daripadanya”.

Budak itu pun diserahkan raja pula kepada pengiring-pengiringnya yang lain seraya bersabda; ‘Bawalah pergi anak ini. Bawa belayar dengan sebuah perahu , layarkan ketengah2 lautan. Paksa dia kembali kepada agama asalnya yang lama, kalau dia tidak suka , lemparkan dia ke laut”.

Orang-orang itu pun pergilah membawa budak itu mengikut perintah raja. Budak itu pun bermohon pula kepada Tuhan: " O! Tuhanku ! Hendaklah Tuhan peliharakan daku menurut kehendak engkau daripada mereka ini.”

Tiba-tiba perahu terbalik dan orang-orang raja karam semuanya. Budak itu kembali sebagai biasa kepada raja. Raja pun tercengang seraya bersabda” Apakah yang telah di buat oleh orang-orang yang telah membawa engkau ?

Budak itu menjawab; “ Allah telah memeliharakan daku daripada mereka”………Sesaat setelah itu budak itu berkata pula, ‘ Wahai Tuanku, tiadalah akan dapat membunuh patik, sebelum Tuanku ikut apa yang patik suruhkan.’”

“ Apakah yang engkau suruhkan?” Tanya raja.

“ Suruh manusia berkumpul pada suatu tempat tanah ketinggian. Salibkan daku diatas pelepah tamar, kemudian itu ambillah panah daripada tempat panahku, letakkan panah itu pada busurnya, kemudian itu bacalah; ‘Dengan nama Allah Tuhan dari budak ini ( Bismiillah hi Rabbil Ghulam) kemudian itu panahlah patik. Kalau suruhku itu dikerjakan, barulah tuanku dapat membunuhku”.

Mendegar itu, raja pun mengumpulkan orang ramai pada setumpak tanah yang ketinggian, ia pun disalibkan pada pelepah tamar. Raja pun mengambil panah daripada tempat panah budak itu seraya membaca:’ “ Bismillah hi Rabbil Ghulam, “ Panah itu pun dilepaskan, tepat mengenai jantungnya. Maka budak itu pun meletakkan tangan pada tempat yg kena panah itu, dan ia pun wafatlah.

Maka berkataalah salah seorang pengiring raja, “ Tidakkah Paduka perhatikan, bahawa apa yang Paduka takuti telah terjadi, hendaklah Paduka berhati-hati , semua manusia telah beriman kepada Tuhan budak itu!”

Mendengar itu raja pun menyuruh menggali sebuah lubang esar di gapura kota. Lubang itu pun dibuatlah oranglah lalu dinyalakan api didalamnya. Setelah selesai, raja pun bersabda, ‘ Barangsiapa yang tiada kembali kepada agamanya yang lama, hendaklah dilemparkan kedalam lubang ini”.

Tidak seorang juapun mahu kembali, sehingga mereka dilemparkan kedalamnya satu persatu. Akhirnya datanglah seorang perempuan dengan anaknya yang masih kecil. Melihat api yang menyala-nyala , perempuan itu mundur maju. Maka berkatalah anak kecil kepada ibunya; “ Ibu! Hendaklah sabar, kerana ibu sentiasa benar………..”!.

Sekianlah cerita Nabi itu.

Moral cerita:

Budak itu telah menjadi korban daripada keyakinannya, dan dia telah mati didalam mempertahankan keyakinannya iaitu : ALLAH ada”. Mati lebih murah baginya daripada senegeri manusia yang telah percaya bahawa Tuhan Allah itu maha kuasa adanya. Orang dari bermula tidak mahu percaya , mereka hanya hendak percaya, kalau si Ghuilam terlebih dahulu memberikan korban yang besar. Buat itu ia harus menempuh mati , meninggalkan hidup. Ia tempuh kematian , keranan kematiannya tidaklah berharga baginya, jika dibandingkan dengan kebesaran nama Allah.

Baginya kematian itu adalah perpindahan, pindah dari dunia yang sempit kepada yang lebih luas. Mati adalah batas, batas antara musim menanam dengan musim mengetam. Ditempuhnya dan ditunjukkannya kepada orang lain, bahawa demikian mestinya seseorang harus berbuat. Benarlah perkataan Zubair bin Abi Salmaa, seorang ahli shaer Arab dizaman jahiliyah: Fal judu binnafsi aqshaa ghayatil judi ( berderma dengan diri sendiri, adalah derma yang paling penghabisan).

Meskipun ia meninggal dan ia hilang, obor dibelakangnya telah melekat satu kepercayaan yang tulin dan murni , yang tidak lekang di panas dan tidak lapuk di hujan. Sehingga penganut-penganut kepercyaaan itu pun sudi memberikan dirinya dibakar, dibunuh, diseksa, disegala-galakan, asal tak berkocak didalam Imannya.

Islam memberikan didikan yang paling besar dalam perkataan ini. Itulah sebabnya Muslimin di zaman dahulu telah mendapat kedudukan yag penting didalam dunia.

Ayat Quran sentiasa mengajarkan ‘ Mujahadah bil amwal “ dan “ Bil anfusi “ dengan harta dan diiringi dengan diri. Maka sebagai seorang Muslim, hendaklah kita, mati didalam korban! Bukan korban lantaran cinta tanahair, bukan lantaran cinta nusa, dan bukan cinta bangsa…………………. TETAPI: Janganlah kamu menghembuskan nafas yang penghabisan , melainkan dalam Islam. Dengan itu terliputlah segala yang yang perlu. Dan marilah kita berusaha lantaran itu.

**********

KORBAN KEYAKINAN 1

KORBAN KEYAKINAN 1

Banyak orang yang memandang mati itu ringan, asal dengan mati dia dapat menunjukkan cintanya.

Saya teringat teringat kisah Mdm Rollande, yg ketika di Frankriyk terjadi pemberontakan besar. Dia telah dibawa ke tiang guillentine, maka dihadapan patung kemerdekaan ituia telah menyembah menyimpuh, laksana berdatang sembah, : ‘ Banyak sekali korban yg telah diambil orang atas namamu”

Saya ingat Hassan Basri seorang kominis, seketika dia akan digantung dalam bui di Chianjor, seketika tangannya akan diikat dan matanya akan ditutup, dia telah berkata; ‘ Hidup Kominis”.

Dan saya ingat beratus bahkan beribu orang yang telah menjadi korban daripada barang yang dicintainya, drpd tanahairnya, bangsanya, nusanya, agamanya, keturunannya,dan kehormatannya pun.

Kazim Pasya al Hussaini Almarhum, jago tua dari Palestin pernah berkata dihadapan pengikut-pengikuntya , menegah mereka gentar menghadapi bahaya apa pun jua, kerana kemerdekaan itu kata beliau, harus didirikan diatas tengkorak anak lelaki.

Maka adalah pengorbanan yg paling beruntung, yg lebih daripada apa yg dapat dikira-kirakan oleh otak insane biasa, pengorbanan kerana keyakinan, pengorbanan yg mengharapkan keuntungan besar yg akan diperolehi oleh orang, sepeninggal kita jika kita menjadi korban itu.

Demikianlah suatu hikayat zaman dulu, dikhabarkan oleh orang yg wajib dipercaya, yg mustahil akan menambah dan mengurangi, harus menjadi perbandingan kpd kita.

Yang bercerita adalah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, orang yg berkata dalam pimpinan ilham dan wahyu. Disampaikan oleh Imam Muslim, diterima dgn sanadnya drpd sahabat Nabi yg utama Shubaib orang Romawi, demikian bunyinya:

Berkatalah Rasullullah s.a.w. :

Dizaman dulu ada seorang raja , baginda ada mempunyai seorang Tukang Sihir. Maka tatkala Tukang Sihir terasa badannya sudah tua, berdatang sembah ia kpd baginda, : “ Ampun Tuanku, bahawasanya patik ini telah tua, maka kirimlah kpd patik, seorang kanak2 , supaya kuajarkan kpdnya sihir patik itu.

Permintaan itu pun dikabulkan oleh Baginda Raja, dikirmkanlah kanak2 itu akan mempelajari sihir kpdnya. Maka dipertengahan jalan antara rumah kanak2 itu dgn rumah tukang sihir, ada berdiam seorang pendita, ketika akan pergi kerumah tukang sihir, , singgahlah dia kerumah pendita barang sebentarmendengar perkataannya. Demikianlah tiap2 dia datang kerumah tukang sihir tua , singgah juga dia dirumah rahib itu.

Tukang sihir sentiasa marah, sehingga dia tiap-tiap dating lambat dipukuli dan hal itu disampaikan oleh kanak2 itu kepada rahib tadi.

Maka berkatalah rahib itu:” Jika engkau takut kpd tukang sihir, katakanlah saja engkau ditahan oleh ahlimu dirumah dan jika engkau takut dimarahi di rumah, katakanpula engkau ditahani oleh tukang sihir.”

Maka petua rahib itupun diamalkannyalah beberapa lamanya. Tiba-tiba pada suatu hari ( seketika dia menempuh jalan ) bertemulah dia dengan seekor binatang yang telah menghalangi manusia ( yang lalulintas) .Kanak2 itupun berkatalah seorang dirinya; “ Pada hari ini ilmu tukang sihir kah yang lebih baik atau ilmu Tuan Rahib? Setelah itu diambilnya sebuah batu seraya nerkata:’ Ya Allah! Jika pelajaran Rahib itu yang lebih engkau sukai drpd pelajaran tukang sihir, bunuhlah lah binatang ini, sehingga orang dapat lalulintas disini”.

Binatang itu pun dipalunyalah dgn batu yg diambilnya tadi , ia pun mati seketika itu juga dan manusia lain-lain pun dapat lalulintas kembali. Setelah itu kanak-kanak itu pun datanglah kepada rahib dikabarkanya apa yg telah kejadian. Mendengar itu Rahib pun berkata: “ O! Anak. Kalau demikian adanya , maka pada hari ini engkau telah lebih mulia drpd ku, telah sampai keadaan engkau kpd apa yang engkau kehendaki dan engkau akan ditimpa bahaya besar. Jika engkau ditimpa bahaya, jangan engkau tunjukkan kpd manusia lain siapa aku ini”.

Demikianlah, kanak-kanak telah dpt menyembuh orang yg mendpt penyakit tuli dan kusta, ia telah dpt mengubati manusia, dgn sekelian macam ubat. Perkabaran itu sampailah ketelinga salah seorang ahli majlis raja, yg telah buta matanya. Maka datanglah dia kepada kanak2 itu membawa harta hadiah yg besar jumlahnya seraya berkata:’ Segala harta ini akan ku hadiahkan kpd mu jika engkau dpt menyembuhkan daku”.

Kanak itu menjawab: “ Adapun saya tidaklah dapat menyembuhkan barang seorang jua pun drpd penyakitnya. Hanya yang menyembuhkan Allah Ta’ala semata-mata. Maka jika tuan suka beriman kepada Allah Ta’ala, akan saya mohonkan kpd Allah supaya tuan disembuhkan, dan Ia akan sembuhkan tuan. “ itulah syarat yg ditunjukkannya sehingga orang itu sembuh darpd penyakitnya.

Setelah dia sembuh datanglah dia kpd raja, dan duduk disamping raja itu sebagaimana biasa. Demia raja melihat akan dia, bagindapun bersabda:” Siapakah yg mengembalikan penglihatan engkau kpd engkau?”

Tuhanku….” Jawabnya.

“Adakah juga engkau bertuhan selain daku?”kata raja.

“ Tuhan ku dan Tuhan duli tuanku adalah Allah”.!

Raja marah, ia diserkap lalu diazab, sehingga akhirnya ditunjukkannyalah kanak-kanak ituk kpd raja. Kanak-kanak itu pun dibawalah kehadapan raja. Demi setelah hadhir, baginda pun bersuara:’ “Hai anakku, sudah sampai darjat sihirmu kepada dapat menyembuhkan orang tuli dan orang berpenyakit kusta, engkau telah mnegerjakan begini dan engkau telah mengerjakan begitu”.

Kanak2 itu menjwb ‘ Tiadalah patik pandai menyembuhkan seorang, bahawasanya yg menyembuhkan hanyalah Allah Ta’ala semata-mata”.

**********

PANTUN MELAYU

PULAU PINANG BANDAR BARU
KAPTEN LIGHT MENJADI RAJA
JANGAN DI KENANG ZAMAN DAHULU
NANTI MENITIS AIR MATA

Gadis Melayu pandai bersyaer
Pandai juga bertenun kain
Kasihan bumi mengharap air
Hujan turun di tempat lain.

Hendak kemana ku kayuh bidok
Patah pendayung dekat kemudi
Bulan mengambang bintang merajuk
Kemana awan membawa diri

Anak itik dari Singgora
Pandan terletak dilangkahi
Darahnya titik di Singapura
Badan terhantar ke Pulau Langkawi

Aku Bukan Shahnon

Aku bukannya Shahnon Ahmad.

Bahasa ku ini tidak lah seindah bahasa Shahnon Ahmad. Belum pandai aku berpuisi seperti Azizi atau Nahmar Jamil.

Pernah menulis.

Pernah sekali puisi saya muncul di dada akhbar MM berjudul " Dari Seorang Pengembara" semasa bertugas di Nw Zealand (1978-1981) . Keratan akhbar sajak tersebut yang dihantar oleh anak saudara saya Othman Mat telah hilang dalam simpanan.

Pernah juga artikel yang memaparkan suasana pelajar kita di New Zealand disiarkan di akhbar MM, yang saya tulis semasa bertugas di Jabatan Penuntut-Penuntut Malaysia di Wellington (1978-1980). Majallah Mustika juga pernah menerbitkan hasil terjemahan saya semasa bertugas di Port Moresby , mengenai kesilapan mensenyawakan sperma manusia secara permanian beradas kepada kambing di Australia. Yang lahir ialah bayi manusia (1986-1989). Buletin sekolah pun ada juga menyiarkan penulisan saya. Itu saja yang saya ingat.

Pernah berjumpa Pak Nujum.

Yang bagusnya saya pernah bertemu seorang penulis tersohor tanahair iaitu Tuan Syed Hussin al Attas ( Pak Nujum ) semasa beliau singgah di Port Moresby dalam perjalanan beliau ke Marshal Island di Kepulauan Pasifik.

Nak jadi penulis.

Saya memang ingin nak jadi penulis. Tapi kurang keyakinan. Maklumlah ilmu hanya secangkir kopi yang airnya nun jauh didasar cawannya. Sekarang ini saya menghitung umur yang sudah dihujung perjalanan hidup. Terasa rugi kalau terbiar keinginan itu sejuk kaku bersama jasad bila sampai waktu dibawa ke pusara.

Berikut ini beberapa kenangan yang masih segar dalam memori.

Tamat persekolahan:

Lulus SPM gred 3 tahun 1967 di SMK Bukit Mertajam ( Ada orang kata SMK itu bermaksud ‘ Sangkut Mek Kelantan”. Ya lah! Mungkin ada kawan-kawan saya yang sangkut Mek Kelantan. Apalah salahnya. Mek Kelantan atau pun Mek Ganu. Satu Malaysia.

SPM Gred 3 nak buat apa?. Nak cari kerja di mana? Kerja apa? Melilau dengan basikal yang dibeli dengan wang Biasiswa Kecil Persekutuan yang diterima sebanyak RM20.00 sebulan. Biasiswa ini diuruskan oleh Cikgu Abu Hassan bin Abdul Rahman. Saya masih ingat Cikgu Abu Hassan arahkan supaya saya dapatkan tandatangan ayah dan serah balik kepada beliau esok.

Cikgu kita ayah kita.

Satu sikap yang ada dalam diri saya ialah, menggap semua guru-guru yang disenangi sebagai ayah sendiri seperti Cikgu Ismail Zakaria, Cikgu Darus Ahmad , Cikgu Wan Din, Cikgu Sheikh Khalid dan beberap orang lagi termasuk Cikgu Abu Hassan..

Berhijrah ke Kuala Lumpur.

Dalam keadaan melilau mencari hala tuju selepas SPM Gred 3, Encik Ishak Hamid dari Sungai Semilang, seorang pelajar STAR Ipoh, mencadangkan supaya saya ke K.L. melanjut pelajaran disana . Memang boleh kerana Pak Su saya Ustaz Ishak Ibrahim, adik emak , sedang bertugas di Sekolah Aminuddin Baki, Kg pandan.

Kiriman Telegram:

‘Tunggu KL 7 April mel pagi” Bunyi telegram yang saya hantar kepada Pak Su.

Pertama kali naik keretapi.

Pengalaman pertama naik keretapi dari Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur. Duit tambang aku rasa ayah aku yang bagi. Masa itu arwah ayah juga ada disana, berjaja kain dikakilima Jalan Tuanku Abdul Rahman. Naik keretapi malam dan sampai pagi hari. Tak banyak yang boleh dilihat tambahan hati dalam berdebar-debar. Sebelumnya saya dengar bunyi keretapi dan wiselnya dari kejauhan dikampung dengan stesennnya di Buit Mertajam. Nama tersebut terbit kerana banyaknya pokok mertajam di atas bukit yang menjadi tunjang daerah itu.

Bukannya mimpi.

Bagaikan mimpi, saya sudah berada di Kota Kosmopilitan Kuala Lumpur. 7hb. April 1967. Pak Su mengambil di stesen keretapi KL dan saya masih ingat kami naik bas Sri Jaya dari Jalan Sultan Muhamad di tepi sungai, ke Jalan Hale, Kampng Baru. Rumah sewa kami letaknya disitu. Aku difahamkan rumah tersebut milik keluarga Bob Mustapha pelakon filem yang telah diketengahkan pada masa itu.

*********

Maulidurrasul

Assalamualaikum anda semua.

Hari ini 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah. Saya mengucapkan kepada semua saudaraku Muslimin dan Muslimat: SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTRAAN RASULLULLAH.

Marilah kita baca semula dan baca lagi kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita cintai.

Ingatlah!. Kita telah bersaksi bahawa: Muhammad itu adalah Rasul Allah disamping pengakuan terawal bahawa: Tiada tuhan yang aku sembah kecuali Allah.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

*********