Thursday, July 15, 2010

SIRI TAKLIMAT BOSLAAND

Dimaklumkan bahawa SIRI taklimat BOM Bosland akan diadakan pada 16 Julai jam 8.00 malam bertempat di Pejabat Stokis Bosland Negeri Sarawak di alamat seperti berikut:
Pejabat di No 15-A, Ground Floor,
Lot 511 Sec 6, KTLD Jalan Kulas,
93400 Kuching Sarawak.

Semua ahli-ahli JutawanBosland di sekitar Kuching, Samarahan dan Petrajaya di persilakan hadhir dan disarankan supaya membawa kawan-kawan.

Monday, July 12, 2010

Taklimat BOM Bosland di Kuching Kali ke 2

Dimaklumkan bahawa taklimat BOM Bosland Kali Ke 2 akan diadakan pada malam ini 13 Julai 2010 jam 8.00 malam. Taklimat akan disampaikan oleh JutawanBosland Cikgu Norazman Jindul.
bertempat di Pejabat Stokis Bosland Negeri Sarawak di alamat seperti berikut:

Pejabat di No 15-A, Ground Floor,
Lot 511 Sec 6, KTLD Jalan Kulas,
93400 Kuching Sarawak.

Semua ahli-ahli JutawanBosland di sekitar Kuching, Samarahan dan Petrajaya di persilakan hadhir dan digalakkan supaya membawa kawan-kawan masing-masing.

Sunday, July 11, 2010

BOSLAND

www.bosland.com.my BOSLAND CORPORATION (M) SDN. BHD. 180031-P/AJL93425, adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang dikorporatkan dalam tahun 1989 dengan pejabat berdaftar dan ibu pejabat pengoperasian bertempat di KAMUNTING, PERAK, MALAYSIA. BOSLAND, adalah sebuah syarikat berbilang tingkat yang memegang lesen jualan langsung berdaftar AJL93425 semenjak tahun 1993. BOSLAND meneroka, menghasil dan mengedar herba tumbuhan (botanikal) dan produk penjagaan kesihatan untuk kegunaan persendirian dan sekeluarga, produk penjagaan kesihatan dan makanan nutri tambahan untuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Keluaran BOSLAND adalah diformulasikan secara teliti dan cermat dengan menggunakan ramuan-ramuan terpilih yang bebas dari racun (tosin), pewarna, perisa tiruan, bahan kimia sampingan dan bahan pengawet.

Thursday, July 8, 2010

EURO LANGUAGE


The European Commission has just announced an agreement whereby English will be the official language of the European Union rather than German, which was the other possibility.

As part of the negotiations, the British Government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a 5- year phase-in plan that would become known as 'Euro-English'.

In the first year, 's' will replace the soft 'c'. Sertainly, this will make the sivil servants jump with joy. The hard 'c' will be dropped in favour of 'k'. This should klear up konfusion, and keyboards kan have one less letter. There will be growing publik enthusiasm in the sekond year when the troublesome 'ph' will be replaced with 'f'. This will make words like fotograf 20% shorter.


In the 3rd year, publik akseptanse of the new spelling kan be expekted to reach the stage where! more komplikated changes are possible.

Governments will enkourage the removal of double letters which have always ben a deterent to akurate speling.


Also, al wil agre that the horibl mes of the silent 'e' in the languag is disgrasful and it should go away.

By the 4th yer people wil be reseptiv to steps such as
replasing 'th' with 'z' and 'w' with 'v'.

During ze fifz yer, ze unesesary 'o' kan be dropd from vords
kontaining 'ou' and after ziz fifz yer, ve vil hav a reil sensi bl riten styl.

Zer vil be no mor trubl or difikultis and evrivun vil find it ezi tu understand ech oza. Ze drem of a united urop vil finali kum tru.


Und efter ze fifz yer, ve vil al be speking German like zey vunted in ze forst plas.

If zis mad you smil, pleas pas on to oza pepl.

See....you can read all the above 5 years ahead of them Europeons !.............Aren't we bloody much smarter than them !
Writer: Unknown
**********

TANJOOOBERRIMUST


By the time you read through this YOU WILL UNDERSTAND

"TANJOOBERRYMUTTS"...and be ready for China .....?
Now, here goes...


The following is a telephonic exchange between maybe you as a hotel
guest
and room-service today:

Room Service: "Morrin. Roon sirbees."


Guest : "Sorry, I thought I dialed room-service."


Room Service: " Rye . Roon sirbees...morrin! Joowish to oddor sunteen???"


Guest: "Uh..... Yes, I'd like to order bacon and eggs."


Room Service: "Ow ulai den?"


Guest: ".....What??"


Room Service: "Ow ulai den?!?... Pryed, boyud, pochd?"


Guest: "Oh, the eggs! How do I like them? Sorry.. Scrambled, please."


Room Service: "Ow ulai dee bayken ? Creepse?"


Guest: "Crisp will be fine."


Room Service: "Hokay. An sahn toes?"


Guest: "What?"


Room Service: "An toes. ulai sahn toes?"


Guest: "I.... Don't think so.."


Room Service: "No? Udo wan sahn toes???"


Guest: "I feel really bad about this, but I don't know what 'udo wan
sahn toes' means."

RoomService: "Toes! Toes!...Why Uoo don wan toes? Ow bow Anglish
moppin we botter?"

Guest: "Oh, English muffin! !! I've got it! You were saying 'toast'...


Fine...Yes, an English muffin will be fine."


RoomService: "We botter?"


Guest: "No, just put the botter on the side."


Room Service: "Wad?!?"


Guest: "I mean butter... Just put the butter on the side."


Room Service: "Copy?"


Guest: "Excuse me?"


Room Service: "Copy...tea..meel?"


Guest: "Yes. Coffee, please... And that's everything."


Room Service: "One Minnie. Scramah egg, creepse bayken, Anglish moppin,
we botter on sigh and copy ... Rye ??"

Guest: "Whatever you say."


RoomService: "Tanjooberrymutts."


Guest: "You're welcome"



Remember I said
"By the time you read through this YOU WILL UNDERSTAND'TANJOOBERRYMUTTS' ...... and you do, don't you??!!
Writer: Unknown

Wednesday, July 7, 2010

Taklimat BOM Bosland Pertama di Kuching


Taklimat dilangsungkan di Pejabat Stokis Negeri pada 7 Julai 2010, di Jalan Kulas Kuching, Sarawak. Premis nya di apit oleh Pejabat DIGI dan AGRO Bank jarak beberapa unit sahaja. Anda tidak akan terlepas darinya jika andaa mencari.

Cikgu Norazman Jindul, JutawanBosland memulakan majlis pad jam 8.30 setelah semua kerusi dewan dipenuhi. Beliau terlebih dahulu memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru selama 17 tahun. Sekarang ini beliau sdg dlm cuti tanpa gaji, bagi memenuhi hasrat utk mempersiapkan operasi gerak gempur Bosland di Sabah dan Sarawak.

Penumpuan di Sabah telah selesai dimana Bosland mempunyai lebih dari 1,000 orang ahli yang aktif dan Pusat Stokis Negeri telah di buka di KK. Sekarang in beliau bertumpu ke Sarawak. Beliau telah membelanjakan sejumlah wang yg banyak untuk membuka Stokis Negeri yag ada sekarang. Sewaan pejabat ialah RM3,500 sebulan dgn deposit 3 bulan sewaaan. Diikuti dgn ubahsuai dan hiasan dalaman dgn kos RM300,000.00 dan pembelian stok simpanan produk bernilaiRM160,000.00. Manakala keahlian yg ada di Sarawak belum lagi mencecah angka 100 orang.

Sehubungan dgn in beliau ingin berkongsi peluang yg hebat ini untuk kebaikan bersama sebagai satu tuntutan fardhu kifayah yg diajar oleh Islam. Beliau sangat berharap semua yg hadir pd malam ini menjadi yang terawal di Sarawak merebut peluang ini.

Beliau telah berpengalaman selama 16 tahun dlm bidang direct selling . Beliau mengakui dgn rendah hati bahawa perniagaan direct selling yg diceburinya secara sambilan itu memberi hasil pulangan yg sangat lumayan. Beliau telah meraih jutaan ringgit dlm bidang ini dan beliau mengaku bahawa beliau telah berjaya mencapai taraf jutawan. Bukan bertujuan untuk bersikap ego dan menunjuk , tetapi sebagai perangsang kpd rakan-rakan yg lain.

Beliau berihat dari direct selling business selama 3 tahun, 2006,2007 dan 2008, ketika dunia direct selling sedang gawat dan penuh dgn fantasi dan angan2 yg beliau tidak yakin samasekali. Banyak skim direct selling dari luar negeri berleluasa yg tidak mempunyai barangan untuk di akad jualbeli.

Sebenarnya beliau adalah mantan ahli UPTRENTdengan No. Keahlian 002 yang mendapat penghargaan tawaran 60 lot secara percuma. Beliau memberitahu bahawa Encik Nor Azmi Karim dan En Ahmad Daud adalah merupakan staff yang berkerja dgn beliau semasa beliau dlm UPTRENT.

Beliau kembali aktif semula dlm direct selling pada bulan Mac 2009, setelah melihat dan mengkaji sistem direct selling anjuran Bosland, merupakan satu sistem pemasaran yang terbaik dan tidak ada MLM yg lain yg boleh menandinginya.

Antara faktor-faktor yg mempengaruhi beliau konfiden dgn Bosland ialah:

(i) Syarikat yang kukuh. Syarikat tempatan ushasama sekeluarga. Mempunyai kilang sendiri mengeluarkan produk kesihatan . Kilang ini telah beroperasi sejak tahun 1989 iaitu sudah menjangkau usia 21 tahun. Lokasinya ialah di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping, Perak. Keseluruhan produknya berjumlah lebih dari 30 jenis pelbagai produk penjagaan kesihatan. Produk Bosland juga yang diguna pakai oleh syarikat direct selling yg lain seperti ICL, CNI, LUXOR, COSWAY, BIOAURA dan sebagainya.

Syarikat ini dimiliki oleh Dr. Lee Hock Tao dan keluarganya. Dr. Lee sekarang memegang jawatan Ketua MCA Bahagian Taiping. Anak lelaki beliau Mr. Cheng yg berusia 29 tahun adalah Ahli Majlis Perbandaran Taiping.

(ii) Mempunyai Asset dan Ladang Herba

Keluasan kawasan perkilangan ialah 3.4 ekar dan keseluruhan assetnya dlm lengkungan jumlah RM10.1juta. Syarikat Bosland juga mempunyai ladang herba di China dan ladang teh di Cameron Highland.

(iii) Mendapat kelulusan Lesen AJL Selama 17 Tahun

Bosland telah mendapat kelulusan lesen Jualan Langsung sejak tahun 1993 dgn Nombor Pendaftarannya AJL 93425 selama 17 tahun yg lalu. Syarikat ini tidak pernah menghadapi masaalah dlm memperbaharui lesen AJL nya yang mesti dibuat pada setiap tahun. Ini menggambarkan bahawa syarikat ini mempunyai rekod kewangan yang kukuh.

(iv) Produk Mencapai Tahap Piawaian Antarabangsa

Selain dari faktor syarikat dan kilang, produknya juga menjadi satu lagi alasan yg kukuh untuk Cikgu Norazman melibatka dirinya menyertai direct selling barangan Bosland. Produknya 100% herba tanpa bahan-bahan tambahan yang lain. Produk ini diuji di makmal USM Pulau Pinang.

Mengapa kita tidak pernah mendengar nama Bosland? Jawapannya ialah selama ini, produknya hanya di ekspot keluar negeri seperti Jepun, China, Korea, Hongkong, Taiwan dan Philiphina. Negara-negara seperti Jepun, China, Korea, dan sekitarnya merupakan negara-negara yg sangat terkenal dgn penggunaan hasil perubatan herba. Tetapi Bosland berjaya memasuki pasaran mereka. Ini menjadi satu tanda bahawa kualiti dan khasiat produk Bosland bertaraf piawaian antarabangsa. Sekarang in perniagaan Bosland berjalan serentak secara Commerce dan E-Commerce. Laman web Bosland ialah www.Bosland.com

Dr. Lee Akan Melawat Sarawak:

Tuan punya syarikat iaitu Dr. Lee Hock Tow telah lebih 3o tahun terlibat dlm amalan perubatan tradisi China. Cikgu Norazman memberitahu bahawa Dr. Lee akan berada di Kuching pada 23 dan 24 Julai 2010 akan datang. Semasa berada disini, beliau akan membuka klinik pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada sesiapa saja , bertempat di Pejabat Stokis Negeri, Kuching dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

(v). Plan Pemasaran.

Cikgu Norazman menekankan bahawa semua orang boleh mengeluarkan modal utk memulakan sesuatu perniagaan direct selling yg telah diceburi sebelum ini. Tetapi daya tahan untuk "maintaian" setiap bulan menjadi satu bebanan kpd ahli yg baru.

Beliau mendedahkan kpd para tetamu bahawa hasil selama 16 tahun beliau membuat direct selling ialah 6 buah rumah dan 5 buah kereta mewah. Bukan tujuan membesar diri tetapi membuktikan bahawa direct selling business boleh memberi hasil pulangan yg sangat lumayan dan jalan menjana pendapatan seorang jutawan.

Tersangat jauh bezanya berbanding dgn simpan sebanyak RM200ribu dlm ASN oleh seorang staf kerajaan yg meminjam dari bank, sebagai persiapan selepas bersara pada umur 58 tahun. Kerana menjelang umur 58 tahun, kita telah melepasi batasan waktu, khususnya waktu sihat. Rebutlah sihatmu sebelum datang waktu sakitmu.

Pakej Bosland: (Produk yg digunakan dlm pakej Bosland ialah Whitefully Pearl Milk Powder, Slimmee Coffee, Qua Feng San, Plasmin dan Ganodarma

Pilihan Harga;

Pengguna; RM200/ - 1 set - 50BV - (1 Boland paperbag & 1 Bosland Folder)
RM398/ - 2 set - 100BV ( 2 Bosland paperbag & 2 Bosland Folder)

Usahawan: RM1,692/ - 8 set - 400BV ( 8 Bosland paperbag & 8 Bosland Folder)
RM3,980/- 20 set - 1000BV (20 Bosland paperbag & 20 Bosland Folder)

Jenis Bonus Yang akan dibayar:

(i) Bonus Tajaan - 30%
(ii) Bonus Pasangan - 20%
(iii) Bonus kepimpinan - antara 20% - 80% bergantung kpd pakej yg dibeli.
(iv) Terdapat 3 lagi jenis bonus yg diatur secara komputer automatik.

Seterusnya Cikgu Norazman memberikan secara terperinci mengenai cara-cara pengiraan bonus, pembahagian bomus, dan juga tarikh-tarikh pembayaran bonus. Syarikat akan membuat pembayaran terus kedalam akaun bank masing-masing tanpa perlu proses pindaan melalui komputer. Kemudahan cara ini dpt mengelak bonus tersangkut didalam akaun syarikat, kerana pengguna tidak mempunyai asses komputer atau pun tidak mahir dari segi penggunaan komputer.

Taklimat berakhir kira jam 9.30 malam. Dalam ucapan penutupnya, Cikgu Norazman mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan majlis doa selamat menjelang bulan Ramadhan dan juga sebagai perasmian Pejabat Stokis. Hari pertama Puasa dijadualkan pada 11 Ogos 2010.

*************

Tuesday, July 6, 2010

BERKATNYA GAJI YANG DITERIMA

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

JAWAPAN

Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام

Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)

Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan
Nabi Syuaib a.s.

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)

Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.

Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-

1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.

2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.

Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.

3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.

Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.

Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.

Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.

KESIMPULAN

Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.

Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja.

Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA’ kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang’ dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu’alam
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Jun 2010
Brunei Darus Salam

http://www.zaharuddin.net/content/view/939/72/