Sunday, May 30, 2010

Partners: Berita Harian
Melaka & Negeri Sembilan: Bekalan gula di pasaran ditambah
2010/05/27

PORT DICKSON: Bekalan gula di pasaran negeri ini akan ditambah sebanyak lima peratus atau 160 tan setiap bulan mulai bulan depan sebagai persediaan awal menghadapi permintaan yang dijangka meningkat sepanjang cuti sekolah dan musim perayaan.

Penggunaan gula di negeri ini setiap bulan ketika ini adalah kira-kira 3,200 tan dan pertambahan bekalan itu menjadikan penggunaan gula meningkat kepada 3,360 tan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata:

(i) Pertambahan itu bukan kerana negeri ini menghadapi masalah kekurangan bekalan gula sebaliknya langkah proaktif menangani masalah kekurangan bekalan.

“Kita tidak mahu permintaan yang dijangka meningkat itu akan menyebabkan pengilang dan pengusaha PKS serta orang ramai menghadapi masalah,”

katanya pada sidang media selepas majlis penutup Program Rakan Pengguna, di sini, semalam.

Hasim berkata, jika bekalan gula tidak cukup, orang ramai marah dan menyalahkan kerajaan.

Beliau berkata, bekalan gula di negeri ini ketika ini mencukupi dan hanya beberapa kawasan didapati menghadapi masalah itu, tetapi tidak membimbangkan.

( Saya kurang faham mengenai dua baris ayat yang terakhir. ayat itu tergantung )

***********


No comments:

Post a Comment