Monday, May 24, 2010

SAYANG SARAWAK


A
wal pagi kami dah siap. Waktu solat Subuh jam 5.10 pagi. Jam 6.15 bertolak ke Kuching Int Airport hantar Aidan dan Ayang balik ke KL.

Selesai keduanya masuk ke balai berlepas, aku pun turun ke bawah. Dalam hati berbelah bagi, nak sarapan pagi kat mana? MacD atau Bombay Masalla. Oleh kerana aku peminat tosay, maka pilihan yg ada ialah Bombay Masalla, yg letaknya berhadapan dgn Four Points by Sheraton tak jauh dari Airport.

Mengecewakan. Bombay Masalla belum bersedia. Akibatnya aku dihidangkan dgn tosay yg carik-carik lagi nipis. Aku pilih tempat ini, kerana dah pernah ke sini sebelum ini. Tosay dia okey. Lantas aku minta supaya tosay yg baru di buat semula, dan tanpa kerenah, permintaan aku dipenuhi. Customers is always The King". Dala hati tersemat kata: " no more repeat to this place".

Kecewa sekali lagi bila aku nak beli surat khabar selepas sarapan, Utusan Malaysia belum lagi sampai. Jawapan yg diterima , mungkin sampai jam 8.00 pagi baru sampai. Jadi sebagai ganti aku sambar Utusan Borneo yg berharga RM1.00. Harga UM di Sarawak ialah RM2.00.

Sayang Sarawak sungainya sempit.
Banyak berdagang kayu jati.
Hendak ku bawa perahu ku sempit.
Hendak ku tinggal tak sampai hati.

( MATI BERAGAN )

*******

No comments:

Post a Comment